Daftar Unifi Streamyx Broadband Malaysia – 0132540003

Nota Penting!

Umum

  1. Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada kontrak 24-bulan dan yuran penamatan sebanyak RM500 boleh dikenakan untuk perkhidmatan yang ditamatkan di dalam tempoh kontrak.
  2. Turun taraf pakej adalah tertakluk kepada yuran sebanyak RM200. Sebarang permintaan untuk naik taraf atau turun taraf memerlukan TM mengunjungi pejabat pelanggan akan dikenakan caj tambahan RM200.
  3. Untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan, sila jelaskan kesemua bil tertunggak menjelang tarikh akhir yang telah dikeluarkan.
  4. Bil UniFi pertama adalah termasuk Yuran Langganan untuk 2 bulansebagai bayaran pendahuluan (semasa dan bulan berikutnya). Yuran Pemasangan akan dikecualikan jika anda mendaftar semasa tempoh promosi.
  5. Pelanggan Business Broadband sedia ada yang ingin melanggan UniFi, boleh memilih untuk menamatkan atau meneruskan langganan perkhidmatan sedia ada. Pelanggan yang memilih untuk terus melanggan perkhidmatan Business Broadband akan menerima bil berasingan daripada UniFi. Untuk bangunan tinggi berdawai kuprum, perkhidmatan Business Broadband sedia ada akan diputuskan untuk membolehkan perkhidmatan UniFi dipasang pada talian kuprum yang sama.
  6. Pelanggan akan dikenakan bayaran RM50 untuk setiap bantuan teknikal yang diperlukan dipejabat pelanggan selepas pemasangan perkhidmatan UniFi.
  7. Pengesahan kelayakan kredit pelanggan akan dilakukan sebelum melanggan UniFi.
  8. Alamat IP tetap tidak termasuk dalam pakej UniFi Dynamic IP.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada semua melalui saluran komunikasi sedia ada.
  9. Tertakluk pada terma dan syarat dan juga tertakluk pada perubahan.

 

Kelajuan Akses Internet

Kelajuan akses Internet adalah bergantung kepada pelbagai faktor seperti:

Faktor Penerangan
Lokasi Laman Web
Akses ke laman web antarabangsa mungkin perlahan kerana trafik yang sesak.
Kapasiti Web Server
Sesetengah web server menghadkan kapasiti bagi menangani permintaan trafik yang tinggi atau mungkin menghadkan kelajuan muat turun untuk memastikan penggunaan yang sama untuk semua.
Kesesakan rangkaian
Kesesakan rangkaian sementara disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan.
Pengguna atau aplikasi berganda
Menggunakan pelbagai aplikasi dalam masa yang sama seperti BitTorrent P2P dan sebagainya boleh mengurangkan kelajuan akses. Jumlah pengguna yang berkongsi akses dalam masa yang sama juga boleh mengurangkan kelajuan.
Sistem operasi komputer
Sesetengah konfigurasi pada sistem operasi komputer boleh menjejaskan prestasi akses Internet.
Sambungan WiFi
Berbanding dengan sambungan berwayar, sambungan (tanpa wayar) boleh memperlahankan akses Internet.

 

Pemasangan

  1. Pemasangan UniFi tertakluk kepada kesediaan perkhidmatan, keperluan ujian teknikal dan sivil.
  2. Yuran Pemasangan adalah untuk prosedur pemasangan biasa UniFi sahaja. Yuran ini tidak termasuk caj yang dikenakan kontraktor lain untuk lindungan pendawaian, ubahsuai atas siling, ubahsuai pendawaian, dll.
  3. Temujanji pemasangan tertakluk kepada slot terawal sedia ada.
  4. Pemasangan gentian di kediaman teres/berkembar/banglo mengambil masa 5 ke 8 jam. Pemasangan di bangunan tinggi menggunakan teknologi Very High Speed Digital Subscriber Line (VDSL2) akan mengambil masa 2 hingga 3 jam.
  5. Pelanggan yang mengubahsuai premis dinasihatkan TM semula sebaik sahaja kerja-kerja pengubahsuaian siap untuk temujanji pemasangan UniFi.
  6. Pendawaian dalaman tidak akan diuruskan oleh TM. Pelanggan boleh memilih kontraktor sendiri atau daripada senarai kontraktor yang diperakui oleh TM atas perbelanjaan sendiri.
  7. Ketika pemasangan UniFi, TM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan akibat kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang diupah oleh pelanggan sendiri.
  8. Pemilik pejabat harus berada ketika pemasangan UniFi dilakukan untuk mengesahkan proses pemasangan.
  9. Caj penalti RM200 akan dikenakan sekiranya rumah tidak dapat dimasuki atau temujanji ditunda pada tarikh pemasangan. Sebaraperubahan temujanji/tundaan harus dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa temujanji. Sebarang temujanji semula adalah bergantung kepada kesediaan slot waktu.
  10. Semua peralatan UniFi yang disediakan oleh TM tertakluk kepada tempoh jaminan satu (1) tahun. Pelanggan bertanggungjawab untuk menyediakan kod TV dan sambungan 4-soket untuk melengkapkan pemasangan.
  11. Penggerudian minima diperlukan untuk pemasangan gentian premis.
  12. Yuran pemasangan adalah termasuk kabel luaran sehingga pendawaian dalaman maksima sepanjang 15 meter untuk kabel gentian, 15 meter untuk kabel telefon/ethernet dan 30 meter untuk casing (raceway). Caj tambahan akan dikenakan untuk kabel melebihi 15 meter dan 30 meter untuk casing (raceway).

Leave a Reply