Daftar Unifi Streamyx Broadband Malaysia – 0132540003

Terma & Syarat

Terma & Syarat BlockBuster Deals:

  1. Sewa telefon & jalur lebar tidak dikenakan bayaran berasingan.
  2. Modem WiFi percuma dengan waranti setahun hanya terpakai kepada pelanggan baru dan pelanggan sedia ada yang menggunakan modem berwayar.
  3. Tiada modem akan diberikan kepada pelanggan sedia ada yang melanggan pakej modem Wifi.
  4. Tertakluk kepada kesediaan khidmat di kawasan pelanggan yang memohon.
  5. Setelah pengaktigan broadband, pelanggan dikehendaki membawa Slip Pengesahan Multimedia untuk mengambil Telefon tanpa kord di mana-mana TMpoint.
  6. Telekom berhak mengubah model Telefon tanpa kord, bergantung pada terdapatnya stok.
  7. Pelanggan boleh mula menikmati pelan panggilan pada tarikh bil berikutnya selepas perkhidmatan jalur lebar diaktifkan.
  8. Pelanggan boleh berpindah daripada pelan panggilan sedia ada kepada pelan yang baru. Pelan panggilan sedia ada akan ditamatkan pada tarikh bil berikutnya.
  9. Bagi pakej Telefon, pelanggan boleh mula menikmati pelan panggilan pada tarikh bil Telefon seterusnya.
  10. Terma & syarat standard bagi broadband & telefon dikenakan.
  11. Telefon tanpa kord hanya terpakai untuk langganan baru dan naiktaraf pakej kepada broadband berkelajuan tinggi sahaja.
  12. Pelanggan berhak untuk Telefon tanpa kord apabila berhijrah ke kelajuan yang lebih tinggi dari pakej asal.
  13. Pelanggan hanya layak untuk 1 telefon tanpa kord PERCUMA untuk pakej ini. Tiada telefon tanpa kord yang baru akan diberi apabila menaik taraf kepada kelajuan yang lebih tinggi dalam pakej Broadband & Telefon.

 

Sila klik Terma & Syarat Business Broadband

Leave a Reply